CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, January 26, 2010

PRODUK EXCLUSIVE SEEM NOOR BATEK SDN. BHD

Assalamualaikum...selamat datang ke laman blog SEEM NOOR BATEK SDN. BHD...

Untuk makluman anda, kami telah menyediakan pelbagai jenis produk khusus untuk pakaian perempuan dan lelaki.. Tambahan, semua produk yang terdapat di butik kami diproses sendiri di kilang kami sendiri... Selain itu,kami juga menjaga kualiti dan mutu produk kami dan mengutamakan pelanggan..Produk kami juga 100% asli Terengganu..

Namun begitu, buat sementara ini kami hanya memaparkan sebahagian dari produk kami untuk post kali ini...Untuk makluman lebih lanjut,sila layari laman web kami www.seemnoor.com.. sila hantar komen anda di sini atau email kami di seemnoor_batik@yahoo.com..

BLAUS RAYON

KAFTAN OVERLAP

BLAUS COTTONBLAUS MAXI SINGLETKAFTAN BERLENGAN OVERLAP

Pelbagai produk yang terdapat di butik SEEM NOOR BATEK SDN. BHD:

-blaus batik
-kemeja batik siap
-kemeja batik sutera exclusive
-kemejabatik fuji
-kemeja batik cotton
-kurung sutera pesak
-kain batik sepasang(corak abstrak/flora)4 meter
-songket terengganu
-kaftan batik
-dan pelbagai lagi

Untuk keterangan lebih lanjut,kunjungilah butik kami di SEEM NOOR BATEK SDN. BHD di 3559, Jalan Sultan Zainal Abidin, Next to Hotel Grand Continental, 20000 Kuala Terengganu, Malaysia..FAKS:09-6249817...

atau di cawangan..

No. LOT BD 009 Dataran Pahlawan Megamall, Bandar Hilir,Melaka..

KUNJUNGI BUTIK KAMI SEGERA...Pelbagai produk baru kami sediakan untuk anda sempena tahun baru 2010 ini...

WAKTU OPERASI:

bermula pada 1 Februari 2010..

KUALA TERENGGANU:
9.00 pagi hingga 9.00 malam

MELAKA:
10.00 pagi hingga 10.00 malam

SEKIAN..TERIMA KASIH


Thursday, March 19, 2009

kenali seem noor batik...

SEEM NOOR BATEK merupakan salah sebuah perusahaan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan mempunyai kakitangan di kalangan masyarakat bumiputera tempatan. SEEM NOOR BATEK telah di daftarkan secara rasmi pada 9 Mei 1996 dan mempunyai dua buah premis perniagaan. Premis utama terletak di 3559 , Jalan Sultan Zainal Abidin, Sebelah Hotel Grand Continental, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Manakala sebuah premis cawangan terletak di No. Lot BD 009, Dataran Pahlawan, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. SEEM NOOR BATEK juga mempunyai kilang sendiri beralamat di no. PT 272P, Taman Selesa, Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Namun begitu, pada 25 Febuari 2008 termeterai satu perjanjian di antara Pn Wan Noordiran Bt Wan Long dengan En. Hassim Bin Mahat sebagai Pengarah Urusan Pertama dan Pengarah Urusan Ke 2 dan dengan ini SEEM NOOR BATEK maju setapak kehadapan dengan menjadikan SEEM NOOR BATEK kepada SEEM NOOR BATEK SDN BHD.

Aktiviti utama perniagaan adalah membekal dan menjual batik serta menghasilkan produk yang berasaskan batik. Pengasas perniagaan ini iaitu Pn. Wan Noordiran binti Wan Long dan beliau mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang batik terutamanya dalam mereka corak batik terkini dan mereka fesyen pakaian wanita, remaja dan lelaki. Pada peringkat awal, pemilik SEEM NOOR BATEK SDN BHD hanya beroperasi di rumah dengan di bantu oleh suami beliau yang sekarang merupakan pengarah urusan ke 2 dan beberapa orang tenaga kerja.

Puan Wan Noordiran binti Wan Long, pemilik dan pengusaha SEEM NOOR BATEK SDN BHD menyedari industri batik ini bukan hanya tertumpu pada jahitan pakaian wanita sahaja malahan industri batik ini boleh di kembangkan dan di komersilkan pada peringkat antarabangsa. Walaupun menghadapi pelbagai masalah teknikal dan tenaga kerja serta kekurangan modal, berkat kesabaran, kecekalan, dan kesungguhan beliau yang tidak mudah berputus asa telah membuahkan hasil dan telah berjaya membuka premis perniagaan sendiri di samping mengembangkan sayap perniagaan SEEM NOOR BATEK SDN BHD ke lain-lain negeri seperti Melaka dan bercadang ingin membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangan lain dengan mengekalkan kualiti dan prestasi syarikat.



INDUK

CAWANGAN DI DATARAN PAHLAWAN MALL,MELAKA