CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, March 19, 2009

kenali seem noor batik...

SEEM NOOR BATEK merupakan salah sebuah perusahaan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan mempunyai kakitangan di kalangan masyarakat bumiputera tempatan. SEEM NOOR BATEK telah di daftarkan secara rasmi pada 9 Mei 1996 dan mempunyai dua buah premis perniagaan. Premis utama terletak di 3559 , Jalan Sultan Zainal Abidin, Sebelah Hotel Grand Continental, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Manakala sebuah premis cawangan terletak di No. Lot BD 009, Dataran Pahlawan, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. SEEM NOOR BATEK juga mempunyai kilang sendiri beralamat di no. PT 272P, Taman Selesa, Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Namun begitu, pada 25 Febuari 2008 termeterai satu perjanjian di antara Pn Wan Noordiran Bt Wan Long dengan En. Hassim Bin Mahat sebagai Pengarah Urusan Pertama dan Pengarah Urusan Ke 2 dan dengan ini SEEM NOOR BATEK maju setapak kehadapan dengan menjadikan SEEM NOOR BATEK kepada SEEM NOOR BATEK SDN BHD.

Aktiviti utama perniagaan adalah membekal dan menjual batik serta menghasilkan produk yang berasaskan batik. Pengasas perniagaan ini iaitu Pn. Wan Noordiran binti Wan Long dan beliau mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang batik terutamanya dalam mereka corak batik terkini dan mereka fesyen pakaian wanita, remaja dan lelaki. Pada peringkat awal, pemilik SEEM NOOR BATEK SDN BHD hanya beroperasi di rumah dengan di bantu oleh suami beliau yang sekarang merupakan pengarah urusan ke 2 dan beberapa orang tenaga kerja.

Puan Wan Noordiran binti Wan Long, pemilik dan pengusaha SEEM NOOR BATEK SDN BHD menyedari industri batik ini bukan hanya tertumpu pada jahitan pakaian wanita sahaja malahan industri batik ini boleh di kembangkan dan di komersilkan pada peringkat antarabangsa. Walaupun menghadapi pelbagai masalah teknikal dan tenaga kerja serta kekurangan modal, berkat kesabaran, kecekalan, dan kesungguhan beliau yang tidak mudah berputus asa telah membuahkan hasil dan telah berjaya membuka premis perniagaan sendiri di samping mengembangkan sayap perniagaan SEEM NOOR BATEK SDN BHD ke lain-lain negeri seperti Melaka dan bercadang ingin membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangan lain dengan mengekalkan kualiti dan prestasi syarikat.



INDUK

CAWANGAN DI DATARAN PAHLAWAN MALL,MELAKA